Kategori suara (fächer) dan bahagian soprano dalam opera Soprano

Lingkungan suara mengikut nota paparan keyboard
SopranoAltoTenorBes

Dalam opera, tessitura (corak suara), berat suara, dan timbre (kualiti dan warna suara) seorang soprano dan peranan yang mereka nyanyikan kebiasaannya dikategorikan menurut jenis suara, kerap dipanggil fach atau fächer, yang diambil dari bahasa Jerman.

Nota untuk penjelasan lingkungan suara dan tessitura (corak suara): Penyanyi pop dan penyanyi koral (koir) diklasifikasikan dalam bahagian suara berdasarkan lingkungan suara; Penyanyi klasikal solo pula diklasifikasikan dalam bahagian suara menurut tessitura (corak suara), yang mana suara mereka perlu berada dalam timbre (kualiti dan warna suara) yang terbaik dan senang diubah (suara dinamik). Sebagai contoh, seorang penyanyi soprano dan penyanyi mezzo-soprano boleh menyampaikan nada tinggi atau rendah yang sama, tetapi tessitura (corak suara) mereka terletak dalam lingkungan yang berbeza.

Lingkungan suara soprano:
Suara terendah soprano adalah di antara B3 atau A3 (bawah sedikit dari C tengah). Jarang sekali untuk seorang soprano tidak berupaya mencapai nota rendah.

Suara tertinggi yang paling minima; seorang soprano bukan koloratura perlu mencapai "soprano C" (C6, dua oktaf di atas C tengah), dan kebanyakan peranan untuk repertoir piawaian bagi seseorang soprano adalah D6 atau D – 6 datar. Ada juga sesetengah peranan yang mencapai E – 6 datar. Untuk repertoir seseorang koloratura, terdapat banyak peranan yang memerlukan E – 6 datar, seperti peranan "Queen of the Night" dalam opera "The Magic Flute" terdapat banyak staccato F6. Walaupun tanpa tessitura , seorang penyanyi soprano yang baik tetap boleh menyampaikan nada dengan ketinggian suara penuh bersama timbre dan penguasaan suara dinamik.

Berikut adalah fächer soprano opera diikuti dengan peranan piawaian repertoir mereka:

Soprano koloratura

  • Soprano koloratura lirik. Suara yang tinggi, padu dan ringan dengan ketinggian sambungan atas dan berupaya membuat koloratura pantas. Suara ini kerap digunakan untuk bel kanto dan kolaratura. Suara ini adalah yang paling kerap dipilih untuk nyanyian untuk muzik Barok dan juga pada awal era muzik.
Contoh penyanyi termasuklah Lily Pons, Beverly Sills, Edita Gruberová dan Natalie Dessay.
  • Soprano koloratura dramatik . Suara koloratura yang penuh bertenaga dan dramatik. Boleh membuat koloratura vokal yang pantas dalam suara penuh dan berupaya menyanyi melebihi dari orkestra dengan senang dan lincah. Mereka tidak semestinya memiliki ketinggian sambungan atas seperti soprano koloratura lirik. Suara ini merupakan suara yang bukan senang dimiliki. Ini adalah kerana suara ini memerlukan kord vokal yang tebal untuk menghasilkan bunyi dramatik yang kebiasaannya kurang tangkas. Peranan untuk suara ini biasanya memang ditulis khas termasuk peranan berat karya Mozart, peranan bel kanto dan pada awal era Verdi.
Contoh penyanyi termasuklah Rosa Ponselle, Maria Callas, Joan Sutherland, Nelly Miricioiu dan June Anderson.

Soubret

Suara ringan tetapi menyerlah, timbre yang halus dan tessitura pada lingkungan pertengahan. Suara ini kebiasaannya memainkan peranan komidi, adegan yang agak lincah tetapi sebagai watak yang diminati ramai. Sesetengah penyanyi soubret boleh juga menyanyikan peranan soprano koloratura lirik seperti peranan Gilda dan Norina. Sebagai tambahan, muzik barok, era awal muzik dan opera barok begitu juga lagu seni amat mengemari suara yang ringan dan merdu. Peranan soubret juga boleh dimainkan oleh soprano lirik ringan dan juga soprano koloratura lirik, begitu juga penyanyi mezzo-soprano.

Contoh penyanyi termasuklah Emma Kirkby, Kathleen Battle, Dawn Upshaw dan Barbara Bonney.

Soprano lirik

Suara merdu yang lembut, mempunyai timbre penuh yang boleh melebihi muzik orkestra. Kebiasaannya mempunyai tessitura yang tinggi berbanding dengan penyanyi soubret. Suara ini kerap digunakan untuk peranan seorang gadis cantik yang baik dan naïf, begitu juga peranan-peranan yang simpatetik. Soprano lirik terbahagi kepada 2 kumpulan:-

  • Soprano lirik ringan. Suara ini selalunya memiliki pakej lengkap lakonan termasuk dari bakat seni muzik, rupa wajah dan skil lakonan. Suara ini juga perlu berhati-hati dalam pemilihan repertoir atau peranan untuk mengelakkan suara mereka roask jika menyanyikan lagi-lagu yang memerlukan suara soprano yang berat.
Contoh penyanyi termasuklah Lisa della Casa, Teresa Stratas, Ileana Cotrubaş, Ruth Ann Swenson dan Anna Netrebko.
  • Euridice, Orfeo ed Euridice (Gluck)
  • Gretel, Hänsel und Gretel (Humperdinck)
  • Juliette, Roméo et Juliette (Gounod)
  • Manon, Manon (Massenet)
  • Marzelline, Fidelio (Beethoven)
  • Micaëla, Carmen (Bizet)
  • Nedda, Pagliacci (Leoncavallo)
  • Pamina, The Magic Flute (Mozart)
  • Sophie, Der Rosenkavalier (Richard Strauss)
  • Soprano lirik penuh. Kebanyakan penyanyi soprano lirik penuh memiliki suara yang amat matang berbanding dengan suara soprano lirik ringan, menjadikan merekea tidak sesuai untuk peranan nyanyian yang ringan. Kebiasaannya, Soprano lirik penuh mempunyai suara yang besar menjadikan mereka amat mudah untuk memegang peranan yang memerlukan suara padu, jelas dan mantap.
Contoh penyanyi termasuklah Elisabeth Schwarzkopf, Renata Tebaldi, Anna Moffo, Mirella Freni, Kiri Te Kanawa, Angela Gheorghiu dan Renee Fleming.

Soprano spinto

Juga dikenali sebagai liriko-spinto (bahasa Itali bermaksud “lirik tolak”). Suara ini mempunyai warna vokal seorang soprano lirik tetapi boleh ditarik hingga ke klimaks dramatik dengan senang. Suara ini dikatakan lebih teguh dan lasak berbanding dengan soprano lirik. Suara ini juga boleh menyanyi menerusi muzik orkestra berbanding menyanyi melebihi muzik orkestra seperti yang dibuat oleh penyanyi soprano dramatik. Ia juga amat dinamik dan boleh mengendalikan perubahan suara dengan baik yang menjadikan suara ini boleh melakonkan peranan soprano dramatik dan soprano lirik.

Suara ini banyak digunakan untuk peranan-peranan yang ditulis oleh penggubah-penggubah seperti Verdi dan Puccini. Penyanyi soprano spinto yang sejati amatlah sukar didapati. Kebanyakan penyanyi untuk peranan ini dinyanyikan oleh penyanyi dari fächer yang lain seperti soprano lirik. Menurut laporat, terdapat agak ramai penyanyi soprano lirik yang suara mereka didapati rosak setelah mengambil peranan seorang “spinto”.

Contoh penyanyi termasuklah Zinka Milanov, Antonietta Stella Leontyne Price dan Aprile Millo.

Soprano dramatik

Suara yang penuh kuasa, kaya dan emotif yang boleh menyanyi melebihi sesebuah orkestra penuh. Ketebalan kord vokal dalam suara penyanyi dramatik menjadikan mereka kurang tangkas dari suara soprano ringan tetapi mempunyai kelebihan besar untuk mendapat bunyi yang padu dan penuh. Suara ini digunakan untuk peranan wanita utama di dalam persembahan opera.

Contoh penyanyi termasuklah Ghena Dimitrova, Jessye Norman, Karita Mattila dan Deborah Voigt.
  • Amelia, Un ballo in maschera (Verdi)
  • Cassandre, Les Troyens (Berlioz) – Boleh dilakonkan oleh mezzo-soprano juga.
  • Chrysothemis, Elektra (Richard Strauss)
  • Elsa, Lohengrin (Wagner)
  • Eva, Die Meistersinger von Nürnberg (Wagner)
  • Gioconda, La Gioconda (Ponchielli)
  • Leonore/Fidelio, Fidelio (Beethoven) - Soprano berperanan lelaki (Breeches role / trouser role) untuk watak "Fidelio"
  • Santuzza, Cavalleria rusticana (Mascagni) – Boleh dilakonkan oleh mezzo-soprano juga.
  • Sieglinde, Die Walküre (Wagner)
  • Floria Tosca, Tosca (Puccini)
  • Turandot, Turandot (Puccini)

Soprano Wagnerian

Nama sempena penggubah Richard Wagner yang gemar menulis peranan sebegini. Suara ini ialah suara dramatik yang dikatakan boleh melangkaui sebuah orkestra besar yang mempunyai lebih dari 80 pemian muzik. Suara ini dianggap sebagai suara yang amat berkuasa, cukup mantap berbanding dengan lain-lain jenis soprano. Suara ini amatlah jarang didapati dan dikatakan hanya terdapat satu atau dua dalam satu-satu generasi. Terdapat pendapat-pendapat yang bercanggah bahawa tidak ada seorang pun penyanyi soprano masakini yang boleh dianggap sebagai penyanyi soprano “Wagnerian”.

Contoh penyanyi termasuklah Kirsten Flagstad dan Birgit Nilsson.
  • Brünnhilde, Siegfried, Götterdämmerung (Wagner)
  • Elektra, Elektra (Richard Strauss)
  • Elizabeth, Tannhäuser (Wagner)
  • Isolde, Tristan und Isolde (Wagner)
  • Kundry, Parsifal (Wagner) – Boleh dilakonkan oleh mezzo-soprano juga.
  • Salome, Salome (Richard Strauss)
  • Senta, Der fliegende Holländer (Wagner)

Lain-lain jenis soprano

Dua lagi jenis soprano terutamanya yang paling diminati oleh rakyat Perancis ialah Dugazon dan Falcon. Ini adalah jenis-jenis suara perantaraan di antara soprano dan mezzo-soprano :- Dugazon adalah jenis suara soubret yang berwana gelap (suara lebih dalam), Falcon ialah jenis suara soprano dramatik berwanra gelap.